Agama dalam Politik: Sumber Inspirasi atau Alat untuk Dipergunakan?

Penulis: Luqman Tarmizi Dahulunya, memang sebahagian umat Islam di Malaysia salah dalam memahami agama. Bagi golongan ini, Islam langsung tidak mempunyai elemen politik. Islam hanya solat, puasa, zakat dan haji.  Alhamdulillah, salah faham ini beransur-ansur dihakis dan umat Islam umumnya menerima agama ini sebagai satu cara hidup yang syumul. Dari membersihkan najis hinggalah kepada memerintah […]

Mencari Dimensi Tanggungjawab Sosial dalam Pendidikan Islam

Penulis: Imran Rasid[1] “Adakah engkau lihat orang yang mendustakan ad-din?(1) Itulah orang yang mengherdik / menindas anak yatim (2); Dan tidak menggalakkan memberi makan kepada orang miskin (3); Kecelakaan bagi orang-orang yang melakukan solat (4). Yang lalai dari solat mereka (5); Juga orang-orang yang riya’ (6). Dan orang-orang yang enggan memberi pertolongan (7)”[2] Kyai Ahmad Dahlan, […]

Pondok Perlu Diaudit Walau Tidak Lahirkan Ekstremis

Penulis: Furqan Abdullah Saya tidak berhasrat untuk mengulas berkenaan kenyataan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid yang dilaporkan oleh akhbar Utusan mengenai dakwaan bahawa pondok berpotensi melahirkan ekstremis. Kenyataan ini telah mengundang reaksi dan maklum balas yang beragam daripada pihak yang bersetuju dan juga pihak yang membantah. Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung untuk membicarakan kenyataan susulan […]

Tatkala Ulama Mula Lunak Dengan Israel

Penulis: Luqman Tarmizi “Israel kini mula cenderung ke arah kedamaian.” – Syeikh Abdullah bin Bayyah Syeikh Abdullah bin Bayyah tersenyum mesra sambil menjabat tangan Rabbi Ephraim Mirvis, ketua ‘ulama’ Yahudi di United Kingdom (UK). Dalam program sempena ulang tahun kedua normalisasi hubungan UAE – Israel pada Julai 2022 itu, Syeikh Bin Bayyah yang merupakan salah […]

Memaknai Kembali Haji & Umrah

Penulis: Furqan Abdullah Ibadat haji dan umrah sememangnya mempunyai nilai sentimental dalam kalangan masyarakat Melayu. Sejak sekian lama, umat Melayu bergolok-bergadai untuk mengerjakan haji. Almarhum Pak Ungku Aziz yang mempelopori idea penubuhan Tabung Haji menceritakan keadaan yang menyebabkan tercetusnya idea tersebut: “Saya lihat orang kampung akan menjual kambing, kerbau atau tanah mereka untuk menunaikan haji. […]

7 Falasi Logik Golongan Penolak Kebenaran Menurut al-Quran

Penulis: Luqman Tarmizi Secara mudahnya, falasi merujuk kepada kesalahan dalam penghujahan. Ia mungkin berasal daripada perkataan Latin fallere yang bermaksud menipu, memesongkan atau membuat muslihat. Falasi terbahagi kepada dua: Falasi formal yang merujuk kepada falasi dari sudut bentuk dan susunan hujah, manakala falasi tidak formal merujuk kepada isi kandungan hujah itu sendiri. Al-Quran sebagai kitab […]

Fenomena Selebriti Dakwah dan Selebriti Ustaz

Penulis: Furqan Abdullah Kemunculan watak segelintir pendakwah dan ustaz selebriti (usleb) pada satu aspek mungkin dilihat mampu mendatangkan impak positif, terutamanya dalam memasyarakatkan ilmu pengetahuan berkaitan agama dan mendekatkan masyarakat kepada ajaran agama yang asas. Namun demikian, kadangkala ia boleh berubah menjadi ibarat candu dan malapetaka yang berpotensi membinasakan masyarakat. Hal ini kerana terdapat segelintir […]

Maqasid Zakat Fitrah

Penulis: Furqan Abdullah Bulan Ramadan cukup sinonim dengan ibadat zakat fitrah selain daripada ibadat puasa dan penurunan al-Quran yang menjadi tonggak kemuliaan bulan ini. Zakat fitrah ini jika tidak dihayati sebaik-baiknya menurut kaca mata syarak akan kekal hanya menjadi rutin tahunan umat Islam, lebih-lebih lagi kadar wajibnya adalah amat ringan sekali jika dibandingkan dengan zakat […]

Tradisi Puasa Umat Manusia

Penulis: Luqman Tarmizi Saban tahun, kita akan mengulangbaca dan mendengar ayat 183 daripada surah al-Baqarah berikut: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat sebelummu, supaya kamu bertaqwa. Ada dua pengajaran utama daripada ayat ini: […]

Menuntut Kembali Makna Ibadat Puasa: Peranan Kerohanian Dalam Memanusiakan Manusia

Penulis: Marwan Bukhari Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan demi bulan dan tahun demi tahun. Itulah kehidupan dan dunia yang sentiasa ada permulaan baharu, sekalipun di sebalik perkataan yang disebut sebagai “tamat”. Hakikatnya tiada perkataan tamat, sebaliknya yang ada ialah permulaan demi permulaan yang silih berganti tanpa henti. Bagi Muslim, salah satu tetamu istimewa […]