Benarkah Pulau Pinang Milik Kedah?

Penulis: Muhammad Faisal Abdul Aziz Baru-baru ini Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor mendakwa bahawa Pulau Pinang adalah sebenarnya milik Kedah. Ia seolah-olah menggambarkan bahawa Pulau Pinang sebenarnya bukan sebuah kerajaan yang berdaulat. Izinkan saya memberi pencerahan dari pelbagai perspektif. Pertama dari sejarah saya rujuk kes Reg v Willans. [1858] […]
Renungan dan Refleksi Aidilfitri

Penulis: Dr Sahul HM Alhamdulillah hari raya Aidilfitri sudah berakhir pada tanggal 22 April 2023 yang lalu. Kita masih berada pada bulan Syawal dan seperti kebiasaan tradisi di Malaysia, kita menyambutnya sehingga ke penghujung Syawal. Aidilfitri, dari segi syarak hanya disambut sehari, tetapi sejak 30 tahun kebelakangan ini, ia diharung selama 30 hari. Seingat saya, […]
Kenapa Melayu Tiada Daya Saing Ekonomi?

Penulis: Fathi Aris Omar Dahulu, sebelum merdeka, orang Melayu curiga dan tidak selesa dengan orang Islam yang berlainan latar etnik. Mereka menyebutnya “darah keturunan Arab” (DKA). Ada juga DKK atau “darah keturunan Klng”. Dahulu perkataan ini biasa-biasa sahaja, digunakan ratusan tahun sebelum dianggap sensitif sejak 20 atau 25 tahun mutakhir. Kini orang Melayu tidak selesa […]
Kenapa Sebenarnya Orang Melayu Mundur?

Penulis: Fathi Aris Omar Kita boleh mendalami falsafah Barat yang rumit-rumit dan kita boleh mempelajari kitab tafsir yang tebal-tebal. Semua ini bukan lagi misteri jika kita menggali dan menekuninya. Tetapi masalah orang Melayu dan kemundurannya, dalam pelbagai bidang dan di segenap peringkat, terus menjadi misteri. Ia masih lagi menjadi rahsia tersembunyi yang tidak diketahui dan […]
Membedah Gelombang Abah

Penulis: Dr Sahul HM Presiden sebuah parti yang memikul nama Bumiputera padanya dituduh di mahkamah atas kesalahan rasuah baru-baru ini. Ada pemimpin PN yang mendakwa, gelombang ‘Abah’ ini (juga dikenali dengan akronim Gelabah oleh sesetengah pihak) akan menjadi lebih besar berbanding gelombang Reformasi 1998. Benarkah? Cukuplah kita melihat kepada jumlah penyokong yang turun menzahirkan solidariti […]
Waspadai Propaganda Perkauman Bernuansa Islami

Penulis: Dr Sahul HM Di Algeria, antara tahun 1991-1992, parti Islamic Salvation Front (FIS) berjaya memenangi pilihanraya di Algeria sebelum pihak tentera campur tangan bagi membatalkan kemenangan tersebut, seterusnya mengharamkan FIS pada Mac 1992. FIS dituduh sebagai parti pengganas dan mengancam ketenteraman awam, meskipun mereka dipilih secara majoriti oleh orang awam Algeria. Pada tahun 1995 […]
<strong>Curiga Perkauman Bukan Sebahagian Tradisi Melayu Islam</strong>

Penulis: Imran Rasid “Bukankah kecurigaan itu telah terbunuh ketika kita mula bersapa?” – Usman Awang Di tengah-tengah polarisasi masyarakat di Malaysia yang meruncing, adanya rasa curiga yang kian menebal. Curiga ini ditanam dan disemai agar bercambah menjadi rasa takut dan benci kepada golongan yang “lain” (the Other), iaitu kelompok yang berbeza dengan “kita”. Siapa “kita” dan […]
Mencerakin Realpolitik Macbeth

Penulis: Izmil Amri William Shakespeare menerbitkan Macbeth pada tahun 1623, sebuah karya bertemakan cita-cita politik. Ia mengisahkan seorang panglima perang Scotland yang diberitahu ahli sihir tiga beradik bahawa beliau (si Macbeth ini) akan suatu hari nanti menjadi Raja Scotland. Macbeth kemudiannya (atas anjuran sang isteri) membunuh Raja Duncan, dan menduduki takhta kerajaan. Hidupnya kemudian tidak […]
Waspadai Politik Perkauman Pasca PRU-15

Penulis: Imran Rasid Dunia bersorak apabila seorang lelaki berkulit hitam, berbapakan lelaki Muslim dari Kenya, memenangi Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2008. Barack Hussein Obama disebut-sebut sebagai figura yang membuka lembaran baru; yakni permulaan sebuah era “Pasca-Perkauman” buat US dan seluruh dunia. Ironisnya, selepas dua penggal Obama memerintah, masyarakat dunia tercengang melihat Donald Trump, seorang […]
Semangat Perkauman dan Keazaman Politik

Penulis: Dr Sahul HM Kita ada masalah yang besar, berskala mega. Atau lebih besar daripada itu mungkin. Apa masalahnya? Hubungan antara kaum. Menjelang tahun ke-60 pembentukan sebuah negara bangsa bernama Malaysia, kita masih bercakaran dan berburuk sangka antara satu sama lain. Ini realiti yang tak dapat disangkal oleh sesiapapun, khususnya setiap kali menyambut pesta pilihanraya […]