Tahun Baru Cina dalam Lapan Kata

Penulis: Ooi Kok Hin Sambutan perayaan Tahun Baru Cina (CNY) merupakan antara aktiviti paling utama bagi masyarakat Cina di Malaysia. Tradisi tempatan ini merupakan satu variasi Tahun Baru Lunar yang diraikan oleh pelbagai masyarakat global yang mengikuti kalendar lunar (kalendar berdasarkan fasa bulan) atau kalendar lunisolar (kalendar yang menggabungkan kalendar lunar dan kalendar suria. Perayaan […]

Krisis Rumah Tangga: Rujuk Quran Bukan Media Picisan

Penulis: Furqan Abdullah Sejak kebelakangan ini, kita disajikan dengan pelbagai berita sensasi yang melibatkan isu rumah tangga. Yang lebih sensasi lagi apabila pasangan artis atau dalam kalangan orang berpengaruh yang menjadi subjek, maka seluruh dunia maya dan dunia nyata akan bercerita perihal ini. Portal-portal berita, media elektronik dan akhbar tabloid akan berlumba-lumba menyajikan pelbagai berita, […]

Fenomena Selebriti Dakwah dan Selebriti Ustaz

Penulis: Furqan Abdullah Kemunculan watak segelintir pendakwah dan ustaz selebriti (usleb) pada satu aspek mungkin dilihat mampu mendatangkan impak positif, terutamanya dalam memasyarakatkan ilmu pengetahuan berkaitan agama dan mendekatkan masyarakat kepada ajaran agama yang asas. Namun demikian, kadangkala ia boleh berubah menjadi ibarat candu dan malapetaka yang berpotensi membinasakan masyarakat. Hal ini kerana terdapat segelintir […]

Anjakan Minda Keguruan

Penulis: Dr Anuar Ahmad Sambutan hari guru tahun 2022 bertemakan ‘Guru Tunggak Sekolah Sejahtera. Sambutan tahun ini merupakan sambutan yang ke-51 sejak sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan diadakan pada tahun 1972 buat pertama kalinya. Apakah yang dimaksudkan sebagai ‘Guru Tunggak Sekolah Sejahtera’? Pertamanya, guru merupakan kumpulan penggerak utama sistem pendidikan kebangsaan dan menjadi tunjang kepada […]

Pendidikan Dan Persekolahan Anak: Untuk Apa?

Penulis: Hasrizal Abdul Jamil “Jadi, pendidikan ini sebenarnya untuk apa?” Kita semua boleh terbelenggu memikirkan macam-macam persoalan mengenai pendidikan. Tidak tahu hendak mula dari mana, dan bergerak menuju ke arah mana. Anak-anak pula tidak boleh menunggu. Masa berjalan. Tiba masa mereka mula bersekolah, mereka perlu bersekolah. Atau, perlukah sebenarnya anak kita bersekolah, jika yang diperlukan […]

Pendidikan Anak: Antara Rumah dan Sekolah

Penulis: Hasrizal Abdul Jamil Macam mana saya hendak bercakap mengenai hal ehwal pendidikan dalam kuliah Maghrib? Isu agamakah Pendidikan ini? Apa al-Quran cakap mengenai Pendidikan? Apa Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam sabdakan mengenainya? Pertanyaan-pertanyaan ini saya suarakan dengan jujur kepada jemaah yang hadir ke kuliah Maghrib sekitar tahun 2015 lalu. Saya berterus terang bahawa saya […]

‘Wartawan Cilik’: Antara Dihargai dan Dieksploitasi?

Kredit gambar: Berita Harian Online Penulis: Furqan Abdullah Istilah eksploitasi menurut bahasa membawa erti perbuatan, tindakan atau seumpamanya yang mengambil kesempatan untuk mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan secara tidak adil demi kepentingan dan keuntungan diri sendiri. Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara menakrifkan eksploitasi terhadap kanak-kanak sebagai penggunaan kanak-kanak dalam aktiviti yang membolehkan pihak lain mendapat faedah […]

Masyarakat & Media Sosial: Pesan Surah al-Hujurat

Hakikat hidup sebagai manusia semestinya tidak dapat lari daripada kehidupan bermasyarakat. Bermula daripada hubungan asas seperti keluarga, kemudian mengembang kepada kejiranan, ahli kariah, kampung, daerah, negeri, negara sehinggalah antarabangsa, tingkah-laku serta norma manusia itu pasti tidak dapat dipisahkan daripada hubungan sesama sendiri dan konsep hidup bermasyakat. Daripada sudut pandang Islam sendiri, konteks bermasyarakat ini juga tidak ketinggalan untuk dinyatakan di dalam wahyu.