10 Fakta Anda Perlu Tahu Tentang Tragedi Nakba di Palestin

Penulis: Luqman Tarmizi 15 Mei merupakan tanggal ke-74 kemuncak peristiwa Nakba – pengusiran lebih 750,000 rakyat Palestin dari tanah air mereka. Sekarang, terdapat lebih 5 juta pelarian Palestin yang berdaftar dengan agensi pelarian antarabangsa, yang sedang bergelut dengan kemiskinan melampau dan konflik keterasingan di tanah air orang lain. Di bawah merupakan 10 fakta penting yang […]
13 Mei: Iktibar Daripada Peristiwa Hitam

Penulis: Dr Sahul HM 53 tahun Peristiwa Hitam 13 Mei 1969 berlalu. Apa yang berubah? Banyak. Kalau tidak kerana 13 Mei, tidaklah diuar-uarkan tentang ketirisan dan kelemahan yang memencilkan orang Melayu daripada arus perdana urusniaga dan interaksi ekonomi. Kalau tidak kerana 13 Mei, tiadalah Dasar Ekonomi Baru. Satu dasar afirmatif untuk membantu orang Melayu dan […]
Bagaimana Menggalakkan Perpaduan Nasional? (Bahagian I)

Penulis: Dr Sahul HM Apakah cara yang barangkali boleh menggalakkan perpaduan dan integrasi nasional? Pertama, promosikan sejarah nasional. Gunakan segala aparatus kerajaan untuk gerakan propaganda. Propaganda patriotisme. Ia harus dicetuskan oleh kerajaan, dan harus tulus melangkaui kerangka pemikiran peti undi. Patriotisme mesti dipropagandakan. Kepada yang agak alergik dengan istilah propaganda harus dimaklumkan bahawa propaganda bukannya […]
Surah al-Rum: Satu Tinjauan Sejarah

Penulis: Dr Sahul HM Alif Laam Miim. (1) Rom sudah dikalahkan. (2) Di negeri yang berdekatan. dan sesudah kalah mereka akan menang kembali. (3) Dalam beberapa tahun. Allahlah yang memegang teraju segala urusan, sebelum dan sesudah, dan pada hari itu (kemenangan Rom) orang yang beriman bergembira. (4) Ini ayat permulaan Surah ar-Rum. Sebagai seorang pelajar […]
Hari Malaysia: Bagaimana Nabi Urus Kemajmukan Madinah

Tarikh 16 September sentiasa mengingatkan kita tentang suatu ikatan yang dipasak atas nama Malaysia, menggabungkan seluruh warga di tanah air tercinta ini. Meskipun kemerdekaan telah dicapai pada tahun 1957, mengisi kemerdekaan lebih sukar. Penubuhan Malaysia pada tahun 1963 adalah simbolik kepada persetujuan untuk hidup bersama, berintegrasi, bertoleransi dan membangunkan negara. Walaubagaimanapun, hari-hari yang dilalui setelah […]
Menghadapi Fake News: Pelajaran Daripada Sirah

Manusia berfikir dan membuat keputusan berdasarkan ilmu pengetahuan yang ditakungkan dalam akalnya. Ketika dia menekan butang like, ketika dia memilih untuk kongsikan sesuatu maklumat dengan pengikut dan rakan-rakannya, ketika isu-isu semasa membanjiri paparan media sosial, ketika dia memilih untuk menyertai program vaksinasi atau tidak, ketika dia menurunkan undi di atas kertas undian ketika pilihan raya, […]
Mencari Madinah

Seekor gajah di dalam sebuah bilik kecil, mana mungkin kita terlepas pandang, mana mungkin kita tidak terkesan, mana mungkin kita diamkan diri. Politik adalah gajah tersebut dan kitalah orangnya yang berada di dalam bilik kecil bernama Malaysia.
Pesan Pandemik Daripada Sirah Ibrahim A.S. (Bahagian 2)

Pandemik telah menghimpunkan kita sekeluarga di rumah. Alhamdulillah, suatu anugerah untuk kita punya lebih banyak masa dengan keluarga. Tetapi jangan dinafikan pula cabaran-cabaran yang dipakejkan. 2287 kes keganasan rumah tangga pada tahun 2020 dan ia melonjak lantaran perintah berkurung, 4349 kes keganasan terhadap kanak-kanak.
Pesan Pandemik Daripada Sirah Ibrahim A.S. (Bahagian 1)

13,215 kes covid-19 dicatatkan pada 15 Julai 2021. 1708 kes bunuh diri telah dilaporkan dengan purata 3 kes bunuh diri dalam masa satu hari. Lebih 700,000 orang menganggur, bersamaan 4.6% kadar pengangguran. Kes-kes keganasan rumah tangga meningkat, kes-kes kemurungan juga begitu.