Pembersihan Etnik Palestin 1948: Jenayah Tanpa Pengadilan

Penulis: Luqman Tarmizi

“In this book, I want to explore both the mechanism of the ethnic cleansing, and the cognitive system that allowed the world to forget, and enabled the perpetrators to deny, the crime of the Zionist movement committed against the Palestinian people in 1948..” – Ilan Pappe

Jenayah pembersihan etnik bukan satu perkara asing dalam sejarah manusia. Namun jenayah genosid Zionis ke atas rakyat Palestin berdiri dalam ‘kelas’ yang tersendiri atas beberapa faktor yang dijelaskan secara tuntas oleh sejarawan terkenal Israel, Ilan Pappe dalam The Ethnic Cleansing of Palestine:

  1. Penglibatan askar terlatih, ahli geologi, ahli topologi, sejarawan dan jurugambar dalam merangka dan melaksanakan pelan pembersihan etnik yang komprehensif dan sistematik.
  2. Pengakuan secara terbuka tanpa rasa malu dan bersalah oleh pendiri negara Israel terhadap pembunuhan dan pengusiran yang dilakukan. David Ben Gurion misalnya – Perdana Menteri pertama Israel – pernah menyebut secara jelas: “Saya menyokong projek pengusiran rakyat Palestin secara paksa; saya tidak rasa ia satu perkara yang salah.”  
  3. Jenayah Zionis ini kekal berlangsung sehingga sekarang tanpa ada sebarang pengadilan konkrit di peringkat antarabangsa, meskipun kesannya berskala besar.
Salah satu karya terpenting yang perlu ditelaah berkenaan pembersihan etnik Palestin atau dikenali sebagai Nakba.

“Half of the indigenous people living in Palestine were driven out, half of their villages and towns were destroyed, and only very few among them ever managed to return.”

Bayangkan, lebih separuh populasi penduduk dihalau keluar dari tanah air mereka dalam masa beberapa hari, separuh daripada jumlah seluruh bandar, pekan dan perkampungan dibakar dan dibom;

Menurut Ilan Pappe, setelah peristiwa Holocaust, adalah hampir mustahil untuk kita menutup perbuatan jenayah berskala besar terhadap satu kelompok manusia, melalui media elektronik dan dunia komunikasi tanpa sempadan. Namun, jenayah pengusiran rakyat Palestin oleh Israel telah dipadamkan daripada memori penduduk bumi hampir secara total. Tragedi ini masih lagi tidak diiktiraf sebagai satu fakta sejarah yang perlu diperakui dan jenayah yang perlu diadili. Soalnya, bagaimana hal ini boleh berlaku?

Whitewashing of languange

Hal ini mampu dicapai melalui ‘whitewashing of languange’ yang dilakukan oleh Zionis dalam memandu perbincangan berkenaan isu Palestin-Israel. Whitewashing didefinisikan secara mudah sebagai usaha menggelapkan fakta berkenaan jenayah dan dosa yang dilakukan, melalui pembentangan data yang bias, serta penggunaan perkataan yang dipilih secara rapi bagi menyelewengkan realiti sebenar yang berlaku.

Melalui media-media utama Barat serta peranan kelompok intelektual, Palestin digambarkan sebagai manusia gasar yang dahagakan darah, manakala Israel pelaku genosid dipotretkan sebagai frontliners bagi sebuah tamadun demokrasi yang sedang mempertahankan diri daripada bangsa barbarik yang berserban dan berjubah.

Israel juga faham benar akan keperluan mereka mengawal naratif, khasnya di media-media Barat supaya masyarakat antarabangsa akan kekal berpihak kepada mereka. Oleh kerana itu jangan hairan jika berita berkenaan seekor anjing yang mati di Israel akibat roket kecil Hamas akan terpampang di muka hadapan akhbar utama Barat, manakala pengeboman jet pejuang Israel ke atas kediaman-kediaman di Gaza yang mengorbankan puluhan kanak-kanak akan diselitkan sebagai berita ringkas. 

Nakba bukan hanya pada 1948

Namun hakikatnya, Nakba sebagai tragedi pembersihan etnik Zionis ke atas rakyat Palestin bukannya satu peristiwa yang berlaku pada waktu tertentu. Ia bukan ‘one time occurrence’. Ia satu proses panjang yang masih berterusan hingga sekarang melalui pelbagai cara yang kita kini saksikan; dalam bentuk penempatan haram (illegal settlement) di wilayah Tebing Barat dan Jerusalem, pemusnahan kediaman dan tanah pertanian wilik warga Palestin, keganasan bersenjata dan pengeboman berkala oleh Israeli Occupation Force (IOF).

Namun Palestin tidak pernah mengalah.

Isteri saya telah memerihalkan perjuangan rakyat Palestin dengan cukup indah dan tepat: “So brave, courageous and honorable in their resistance and existance.”

1/3 dunia memusuhinya, 1/3 lagi tidak mengendahkannya, manakala 1/3 lagi yang menyokong tidak mampu berbuat apa-apa; tapi Palestin tetap berdiri melawan.

Jiran-jiran Arab mengkhianati. Musuh yang dihadapi pula merupakan antara kuasa terkuat dunia.

Tapi Palestin tetap akan bertahan dan melawan, hingga mereka mendapat keadilan.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Artikel Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *